Wednesday, December 30, 2009

PERTANDINGAN PIALA FUTSAL PIALA YB DATUK HJH ROHANI BINTI HJ ABDUL KARIM, AHLI PARLIMEN P.201 BATANG LUPAR


Semua peminat Fusal di Bahagian Sri Aman dijemput untuk menyertai Pertandingan Futsal Piala YB Datuk Hjh Rohani Karim, Ahli Parlimen P.201 Batang Lupar. Tarikh Pertandingan akan di adakan pada 15-17 januari 2010 Bertempat di Kompleks Sukan KPSU Sri Aman. Pertandingan adalah bagi Terbuka kepada Bahagian Sri Aman Sahaja. Borang boleh didapati daripada En Abg Norin bin Abg Norudin di Talian : 0194387183 bermula pada 4 Januari 2010. Yuran Penyertaan adalah sebanyak RM 50 bagi kategori lelaki dan RM30 untuk kategori wanita. Penyertaan adalah terhad kepada 32 team bagi lelaki dan 10 team untuk wanita.

Sunday, November 22, 2009

Pemilihan Pemain Bola Sepak Bawah 23 Tahun Untuk Menyertai Sukma dan Skuad Piala Residen




Semua warga Bahagian Sri Aman yang berumur bawah 23 tahun di jemput untuk menghadiri sesi pemilihan yang akan di adakan pada 28-29 November 2009 bertempat di Padang Kompleks Sukan KPSU Sri Aman. Sesi pemililihan itu adak dilakukan pada jam 4-6 petang. Sesiapa yang berminat boleh lah hadir ke tarih yang tersebut untuk menjalani ujian saringan pemilihan.

Perstuan Bola Sepak Bahagian Sri Aman.

Thursday, November 12, 2009

PERTANDINGAN PIALA PUTSAL 1 MALAYSIA SRI AMAN 2009




Pertandingan ini bertujuan untuk menarik minat golongan belia-belia di Sri Aman bagi menjayakan Gagasan 1 Malaysia yang telah di ilhamkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato Sri Najib Tun Abdul Razak. Pendekatan ini lebih bermakna kepada golongan belia kerana mereka meninati sukan terutamanya sukan FUTSAL. Borang penyertaan akan dikeluarkan pada 16 November 2009 dan boleh di dapati di Pejabat JASA Bahagian Sri Aman. Pertandingan ini adalah untuk belia-belia dan warga Bahagian Sri Aman sahaja. Penyertaan adalah terhad kepada 24 pasukan sahaja. bayaran Masuk adalah sebanyak RM30 sahaja. Pihak penganjur akan menyediakan hadiah berupa Wang Tunai, Piala dan Madel bagi tempat pertama, kedua dan ketiga. Sesiapa yang berminat boleh berhubung dengan En Zaidil Bin Hj Ripin, Pegawai JASA Parlimen P.201 Batang Lupar (0135673629) dan En Sulaiman bin Amut, Pegawai JASA DUN N.23 Lingga ( 0138035800). Pihak penganjur juga akan menyediakan satu hadiah untuk pasukan yang dapat menyerapkan nilai dan unsur-unsur 1 Malaysia dalam pasukannya.

Tuesday, October 20, 2009

Gambar Sekitar Program Ramah Tamah Aidilfitri Anjuran JKKK @ PPWS Kampung Masjid Baru Sri Aman 2009









JKKK & PPWS Kampung Masjid Baru Sri Aman telah mengadakan Majlis Ramah Tamah Aidilfitri 2009 bertempat di kediaman KK Abang Norin bin Norudin pada 19 Oktober 2009.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran Ybg En Ang Shamsudin Abg Seruji, Residen Bahagian Sri Amanj, Pegawai tadbir Sosial En Zaidi Sarakawi, Ketua-ketua kaum dan NGO's.

Keputusan Pertandingan
1) Pakaian Hari Raya Kanak-Kanak - Nur maisarah Ishak
2) Karaoke Duet - Nurul & Mokhtar
3) Karaoke Solo - Sani bin Halim
4) ratu Veteren Hari Raya - Hjh Aisah binti Mat

Saturday, October 10, 2009

Hadiah Untuk Warga Sri Aman dari Kerajaan Barisan Nasional.




Salam Aidilfitri


Walaupun saya agak kelewatan untuk mengucapkan selamat hari raya kepada seluruh pembaca-pembaca blog saya. Sejak kebelakangan ini saya agak sibuk dan tidak sempat untuk mengupdate laman blog ini. Kepada seluruh warga muslim dan muslimah, saya mengucapkan selamat hari raya dan maaf zahir batin.

Tuesday, September 8, 2009

Jom Bersungkey Di D'N Selera, Kampung Hilir Sri Aman!!!






Koperasi D'N Selera yang terletak di Kampung Masjid Baru Sri Aman ini memulakan operasi pada jam 4.00 petang sehingga 12 tengah malam. Koperasi ini ada menyediakan juadah berbuka puasa yang cukup menyelerakan. Antara menu yang disediakan adalah seperti sup tulang, sotong goreng kicap, sotong goreng tepung, sup ayam dan juga makanan western seperti nasi ayam salad, chicken chop, kentang goreng dan sebagainya.




Wednesday, August 12, 2009

KIBARKANLAH JALUR GEMILANG



Assalammualaikum..

Sempena bulan kemerdekaan ini siswa menyeru kepada semua anak- anak malaysia mengibarkan jalur gemilang sebagai tanda cintakan negara mahupun di premis2,kenderan ataupun blog. Marilah kita buktikan pada semua bahawa diri kita masih memiliki semangat patriotik. Bersyukurlah kita memiliki sebuah negara yang harmoni dan aman dan damai. Mengapa ramai antara kita tidak sedar akan semua ini? Kita memiliki sebuah keamanan yang di anugerahkan Allah untuk kita lebih kuat beribadah kepada Allah bukan untuk menentang sesuatu yang sememangnya hak. Negara kita tidak seperti Palestin,Thailand,Iraq, negara- negara benua Afrika dan lain2 yang sering tertindas masyarakat islamnya dan keamanannya. Mengapa kita tidak bersyukur dengan apa yang dikurniakan Allah? Justeru,kini adalah masanya untuk kita buktikan secara lahiriah dengan mengibarkan bendera Malaysia sebagai sayangnya kita kepada negara.Marilah kita hayati erti kemerdekaan yang sebenar..

Kemerdekaan yang dikecapi bermakna kita bebas bukan sekadar daripada penjajahan fizikal malahan mencakupi spiritual dan mental. Erti kemerdekaan yang dinikmati ialah membebaskan diri daripada cengkaman kuasa asing seterusnya berusaha bangkit sebagai bangsa bermaruah. Kekuatan politik untuk memperolehi kemerdekaan perlu didokong oleh penguasaan ilmu pengetahuan untuk mempercepatkan proses pembangunan negara.

Menyorot kembali perjuangan kemerdekaan bangsa Melayu sejak 1511 hingga ke Perang Dunia Kedua 1941-1945, negara ini telah mengalami 3 peringkat perjuangan. Peringkat pertama, secara militan atau gerila, perjuangan pondok yang dipelopori oleh golongan ulama dan kemudian golongan nasionalisma yang berjuang melalui mata pena. Ketiga-tiga kategori perjuangan ini berjalan berasingan sehinggalah pada cadangan untuk mengadakan Kongres Melayu pertama pada 1-4 Mac 1946 diadakan dan menyatukan ketiga-tiga kategori perjuangan ini dengan lebih tersusun dan teratur. Terbentuknya UMNO semasa persidangan tersebut telah memantapkan lagi perjuangan ke arah menuntut kemerdekaan negara.

Menjadi tanggungjawab rakyat generasi baru hari ini untuk mengenang dan menghayati erti kemerdekaan. Tugas kita pada hari ini adalah memenuhi dada dengan ilmu pengetahuan agar kemerdekaan yang dimiliki dapat dipertahankan dan dikekalkan. Tanpa ilmu pengetahuan, kemerdekaan yang baru sahaja diperolehi amat rapuh.

Rakyat perlu bersedia menghadapi pelbagai cabaran untuk memperkasakan bangsa yang merdeka. Sementelah seluruh rakyat Malaysia telah melalui pelbagai cabaran getir, kemerdekaan perlu dihayati dan diisi dengan memelihara kekuatan politik, ekonomi, sosial, agama, bahasa, budaya dan seni warisan bangsa. Segala jurang pembangunan, ekonomi dan sosial di kalangan kaum perlu dirapatkan dan diperkukuhkan agar saling menikmati erti kemerdekaan. Perpaduan yang terbina semenjak usaha memperolehi kemerdekaan perlu diteruskan dan disemai supaya rakyat menjadi semakin kukuh.

Bumi bertuah ini telah melahirkan ramai pemimpin berkaliber ketika negara bergelut dengan pelbagai masalah seperti kemiskinan, taraf pendidikan yang rendah, perpaduan kaum bahkan ancaman komunis ketika Darurat yang diisytiharkan sejak 1948 lagi. Dengan memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru 1970-1990 (DEB), Rancangan Buku Hijau dan Buku Merah, rancangan mempertingkatkan penguasaan ekonomi penduduk bumiputera dan jurang perbezaaan antara kaum dapat diharmonikan. Dasar pendidikan bermula dari Penyata Razak dan Rahman Talib hingga kini berjaya membebaskan diri rakyat daripada belenggu kejahilan kepada masyarakat moden.

Beberapa dasar negara telah diperkenalkan seperti Dasar Pandang ke Timur, Dasar Perindustrian, Dasar Pensyarikatan dan Wawasan 2020 telah menjadikan Malaysia negara maju. Kemerdekaan menjadikan kita bangsa yang merdeka dan berdaulat serta bebas menyusun hala tuju sendiri. Kita bebas dari sudut ekonomi, politik, ketenteraan, budaya dan agama. Bebas dalam erti kata mengikut acuan dan kemahuan kita untuk membentuk jati diri bangsa Malaysia yang berdaulat.

Menyelami erti kemerdekaan dengan menyusuri lembaran sejarah bangsa akan menyedarkan seluruh rakyat betapa perjuangan kemerdekaan tidak pernah terhenti. Seharusnya kegemilangan ini menjadi pemangkin kepada generasi baru negara untuk meneruskan kecemerlangan yang telah dicapai. Pengorbanan generasi terdahulu perlu menjadi inspirasi untuk kita terus berusaha gigih menjadi bangsa yang maju dan moden.






Rentetan sejarah yang kian dilupakan

Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman mengulukan seruan Merdeka! pada 31 Ogos 1957.

Pilihan raya umum yang pertama ditandingkan pada tahun 1955. Parti-parti seperti PAS, Parti Negara di bawah pimpinan Dato' Onn bin Jaafar, Parti Buruh, Parti Progresif Perak, Parti Perikatan UMNO-MCA-MIC dan sebagainya bertanding dalam pilihan raya umum tersebut.Parti Perikatan UMNO-MCA-MIC memenangi 51 kerusi daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. 1 kerusi lagi dimenangi oleh PAS. Dengan kemenangan dalam pilihan raya, kabinet kerajaan telah dibentuk. Tunku Abdul Rahman menjadi Ketua Menteri yang pertama.

Pada tahun 1956, Tunku Abdul Rahman mengetuai suatu rombongan ke London untuk membincangkan perkara-perkara mengenai kemerdekaan. Rundingan ini mengambil masa tiga minggu di London. Perjanjian London 1956 ditandatangani pada 8 Februari 1956 yang menyatakan persetujuan memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Sekembali ke Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman mengumumkan tarikh kemerdekaan di Melaka.

Pada tahun 1956, suatu Suruhanjaya Perlembagaan Komanwel ditubuhkan untuk menggubal perlembagaan. Suruhanjaya Perlembagaan Komanwel atau lebih dikenali sebagai Suruhanjaya Reid yang dipengerusi oleh Lord Reid dari Britian terdiri daripada pakar-pakar undang dari negara Komanwel. Laporan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Reid dipinda oleh Jawatankuasa Kerja dan diluluskan oleh Majlis Undangan Persekutuan.

Bendera Union Jack iaitu bendera British diturunkan di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur pada tepat pukul 12 malam 31 Ogos 1957. Kemudian, Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman mengisytiharkan kemerdekaan di Stadium Merdeka. Jemaah Menteri diumumkan juga pada hari pengisytiharan kemerdekaan.

Stadium Merdeka

Pengistiharan Kemerdekaan

Apabila tarikh Kemerdekaan telah ditentukan, Tunku telah mengarah Jabatan Kerja Raya untuk membina sebuah stadium terbuka yang akan dijadikan tempat pengistiharan Kemerdekaan. Tunku memilih sendiri lokasinya, di sebuah bukit yang rendah berdekatan Jalan Birch dan stadium itu dinamakan 'Stadium Merdeka'.

Stadium Merdeka 5.00 pagi, 31 Ogos 1957, hujan turun dengan lebatnya. Dato' Abdul Razak yang melawat Stadium pada pagi itu gelisah dengan takungan air di tengah-tengah padang di mana Askar Melayu akan mengadakan perbarisan kehormat. Dato' Razak adalah Timbalan Pengerusi, Jawatankuasa Persiapan Kemerdekaan dengan Tunku sendiri adalah Pengerusinya.

7.00 pagi, hujan mulai reda. Dato' Razak menalifon Tunku dan melaporkan keadaan di stadium. Beliau mencadangkan agar ketibaan Raja-raja Melayu, Duke serta isteri dan Pesuruhjaya Tinggi dilewatkan satu jam.

9.00 pagi, langit mulai cerah, rintik-rintik hujan semakin mengecil dan hilang dari pandangan. Perabut dan perhiasan mula dibawa keluar dengan kadar segera. Tunku telah bersiap sedia di rumahnya. Berbaju Melayu hitam, berkain samping, berselitkan keris bersarong gading dipinggang serta bertengkolok songket, Tunku menantikan saat untuk bertolak.

Di Stadium Merdeka, Tunku berdiri gagah menerima ketibaan Duke of Gloucester yang memakai pakaian istiadat ketenteraan British berpangkat Field Marshall. 'God Save The Queen' berkumandang ketika Duke of Gloucester yang merupakan pakcik Queen Elizabeth II masuk dan mengambil tempat. Duke telah diiringi oleh Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Donald MacGillivray.

Raja-raja Melayu pula duduk dipayungi oleh sembilan payung kuning, Yang DiPertuan Agong pula duduk di tengah-tengah, di kirinya Tunku dan di kanannya Duke.

Duke kemudiannya menyerah 'Instrumen Kemerdekaan' yang mana merupakan suatu pengakuan British bahawa ia menyerahkan kedaulatan Pulau Pinang dan Melaka kepada negara baru ini dan seterusnya menarik balik 'perlindungan' yang diberikan kepada negeri-negeri Melayu.

Tunku kemudiannya membacakan pengistiharan Kemerdekaan yang antara lainnya menyebut "Dengan nama Allah, Persekutuan Tanah Melayu untuk selamanya sebuah negara yang demokratik dan Merdeka". Acapkali suaranya tenggelam dan pekikan Merdeka! Merdeka! Merdeka! oleh rakyat sebuah negara baru yang lahir dari suatu perjuangan yang suci.

Seorang anak bangsa yang menyaksikan segalanya di depan mata, menghuraikan pengalamannya, Hujan renyai-renyai menghiasi pagi. Tanpa disedari linangan air mata membasahi pipi. Stadium Merdeka dibanjiri oleh anak-anak bangsa yang datang dari setiap pelusuk negeri. Masing-masing hadir dengan harapan yang tinggi. Menjadi saksi, satu peristiwa yang penuh bererti, yang tidak akan dilupai tersemat disanubari sampai mati. Merdeka telah kita miliki 'Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Saturday, August 8, 2009

Majlis Malam Mesra 1Malaysia di Dewan Serbaguna Kampung Hilir Sri Aman




Sri Aman, 1 Ogos 2009, JASA Bahagian Sri Aman Dengan Kerjasama JKKK & PPWS Kampung Masjid Baru Sri Aman telah menganjurkan Majlis Malam Mesra 1 Malaysia di Dewan Serbaguna Kampung Hilir Sri Aman. Majlis ini adalah untuk memupuk gagasan 1 Malaysia ke setiap Kampung agar Konsep ini dapat di adaptasi oleh seluruh lapisan masyarakat. YB Datuk Hjh Rohani, Timbalan menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia telah merasmikan majlis ini. Turut hadir adalah YB Puan Hjh Simoi bt Hj Peri, ADUN N.23 Lingga, En Zaidil bin Haji Ripin, Pegawai JASA Parlimen P.201 Batang Lupar, Residen Bahagian Sri Aman, Datuk Aziz, Ketua pengarah Vateriner Malaysia dan juga Ayahnda KK Abang Norin bin Abg Norudin, KK Kampung Masjid Baru Sri Aman.

Perlawanan Persahabatan Antara Sri Aman dengan FINEXSYS





Sri Aman, 2 Ogos 2009. Pasukan Sri Aman telah mengadakan perlawanan persahabatan dengan Kelab FINEXSYS dari kuching. Perlawanan persahabatan ini telah di saksikan oleh En. Zaidi bin Sarkawi, Pegawai Tadbir Sosial Pejabat Residen Bahagian Sri Aman selaku wakil kepada Residen dan Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Bahagian Sri Aman (2001), En. Zaidil bin Hj Ripin Seramai 200 orang telah menyaksikan perlawanan tersebut. Sri Aman tewas dengan jaringan sebanyak 1: 5 kepada FINEXSYS.

Saturday, July 25, 2009

Program Kembara TV3 di Padang KPSU Lama Sri Aman





Friday, July 24, 2009

Perlawanan Persahabatan Persatuan Bola Sepak Bahagian Sri Aman (2001) menentang Pasukan FINEXSYS


Sri Aman, Persatuan Bola Sepak Bahagian Sri Aman (FASA) akan mengadakan perlawanan persahabatan menentang Kelab FINEXSYS dari kuching pada 2 Ogos 2009 jam 4.00 petang di Padang Kompleks Sukan KPSU Bahagian Sri Aman. Pasukan FASA di jangka akan menurunkan pemain-pemain handalan seperti Awang Saifullah dan juga Abang Yahya. Kedua-dua bekas pemain ini pernah beraksi untuk pasukan Sarawak. Pasukan FINEXSYS juga akan menurunkan pemain kembar Sarawak iaitu RAMOS dan RAMLES yang mana mereka ini merupakan bekas pemian SARAWAK. Perlawanan ini juga akan turut di Saksi oleh YBhg Residen Bahagian Sri Aman, En Abg Samshudin bin Abg Seruji. Seluruh warga Sri Aman di jemput hadir untuk menyaksikan perlawanan ini.

sumber : KK Abang Norin bin Abang Norudin (Tim. Pengerusi Persatuan Bola Sepak Sri Aman)

Tuesday, July 14, 2009

Pertandingan KSK Bola Selak DUN Lingga



Juara pertandingan Bola Sepak Dun Lingga, pasukan AY17

Kelab Sukan Komuniti DUN Lingga telah menganjurkan Pertandingan Bola Sepak DUN Lingga pada 11 Julai sehingga 12 Julai bertempat di padang KPSU lama, Sri Aman. Sebanyak 6 pasukan telah berentap dalam pertandingan ini. Antara pasukan yang berentap adalah seperti AY17, GOL FC, Panama FC, Timbak Guyat FC, SMK Simanggang dan Ayoslang.

Perlawanan separuh akhir melibatkan pasukan dari SMK Simanggang menentang pasukan Timbak Guyat FC. SMK Simanggang telah menang dengan jaringan 2:0 melalui tendengan penalti.

Perlawanan akhir melibatkan pasukan GOL FC melawan AY17 dan telah dimenangi oleh pasukan AY17 dengan jaringan 3:0.

Juara : AY17, Naib Juara : GOL FC Ketiga : SMK Simanggang
Kehadiran : En Zamahri Morshidi , Pengerusi KSK DUN Lingga, KK Abang Norin bin Abang Norudin, Tim. Pengerusi Persatuan Bola Sepak Bahagian Sri Aman, En Zaidil bin Hj Ripin, Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Bahagian Sri Aman, En Sudin, Pengurus Pasukan AY 17 dan En Tahir selaku Jurulatih pasukan AY17.

Sunday, July 12, 2009

kantoi......


Dalam satu neighbourhood nie…… bermulalah satu cerita dimana isteri jiran sebelah ni jatuh cinta dengan suami jiran sebelah. Jadi…..korang faham-fahamlah apa yang diorang buat kat rumah si isteri tuh. Tak disangka-sangka, suami si isteri ni pulang awal dari kerja hari tu. Maka, kelam-kalbutlah si isteri dengan boyfriend dia tu bersurai.

Walaubagaimanapun, suami jiran sebelah tu dah tak sempat lagi keluar ikut pintu belakang.Si suami jiran ni pun bagi idea kat si isteri. Lalu si isteri berlari dengan pantas ke bilik untuk mengambil baby oil dengan bedak badan lalu disapunya baby oil pada badan boyfriendnya.

Setelah itu, diletakkan pula bedak badan pada badan boyfriendnya sehingga keseluruhan badan boyfriendnya itu kelihatan putih melepak. Lalu boyfriendnya pun berdiri di salah satu sudut rumah dan meng’freze’kan dirinya supaya kelihatan seperti patung. Setelah melalui saat yang genting itu, si isteri pun membuka pintu kepada suaminya yang sudah sekian lama mengetuk pintu. Si suami tercengat seketika apabila ternampak ‘patung’ itu lalu bertanya kepada isterinya,

aik??!!…..dari mana pulak datangnya patung nih??”

“oooo….. patung tuuu. Patung ni saya order dari katalog mak cik sebelah.
Baru je sampaitadi.” jawab si isteri selamba.

“ooooooo…..begitu.” balas si suami.

Tepat pukul 3 pagi, tanpa mengejutkan isterinya, si suami keluar dari bilik tidur lalu menuju ke dapur. Kelihatan ‘patung’ tu masih berada dalam keadaanasalnya tanpa sebarang perubahan. Setelah tiba di dapur, si suami membuat sandwich lalu meletakkannya di atas trey menghidang bersama segelas susu. Setelah itu, si suami mengangkat makanan itu lalu berdiri betul-betul di
hadapan ‘patung’ itu lalu berkata, “nah….makanlah.”. Si ‘patung’berasa amat terkejut dan takut kalau-kalau si suami mengetahui hal sebenarnya.

Dengan selamba, si suami berkata,” aik??!!! tak nak??? orang dah bagi makanan ambik la! Saya ni kira baik la…..Tak macam awak……….dulu, tiga hari tiga malam saya jadi patung kat rumah awak, jangankan makanan……….segelas air pun awak tak bagi!!!!!!”

Wednesday, July 8, 2009

PESTA IKAN BULU DI TEBINGAN SG BATANG LUPAR SRI AMAN


Bandar Sri Aman bakal menjadi tumpuan ribuan orang pengunjung dari seluruh negeri ini apabila Karnival Pesta Ikan Bulu 2009 bakal diadakan di Tebingan Sungai Sri Aman dalam bandar ini bermula 24 hingga 26 Julai nanti.

Karnival Pesta Ikan Bulu 2009 yang diadakan buat kali kedua di bandar ini adalah merupakan anjuran Pejabat Residen Bahagian Sri Aman, Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional, serta semua agensi Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan Bahagian Sri Aman.

“Pelbagai acara menarik akan diadakan bersempena dengan sambutan Karnival Pesta Ikan Bulu 2009 di Tebingan Sungai Batang Lupar Sri Aman bermula 24 hingga 26 Julai ini nanti.

“Acara itu nanti adalah Gotong Royong, Pameran dan Jualan, Sukaneka, Pertandingan Mewarna, Potret Ikan Bulu Gergasi, Pemeriksaan Kesihatan, Pameran, Persembahan Artis, Pertandingan Memancing, Demonstrasi Luncur Benak, Pameran Pam Ski dan Persembahan Kebudayaan serta Artis,” kata jurucakap penganjur program terbabit.

Selain itu katanya acara Senaman Integrasi, Lumba Pam Ski, Lumba Bot, Pertandingan Teknik Menangkap Ikan Bulu, Pertandingan Senaman Poco-Poco, Polynemus Music Fest & Open Talent 2009, Pertandingan Tarian Tradisi, Pertandingan Citrarasa Ikan Bulu dan Ratu Ikan Bulu 2009 juga turut diadakan pada karnival itu nanti.

“Karnival Pesta Ikan Bulu 2009 yang dianjurkan untuk edisi kedua selepas penganjurannya pertama pada tahun lalu ini adalah merupakan landasan ke arah menyatupadukan semua lapisan masyarakat.

“Karnival ini juga merupakan salah satu pengisian aktiviti Perpaduan di Bahagian Sri Aman disamping keunikan musim Ikan Bulu itu sendiri yang telah menjadi tarikan utama di Sri Aman,” katanya.

Beliau juga menambah bahawa objektif bagi penganjuran pesta ini adalah untuk menimbulkan kesedaran dikalangan penduduk Sri Aman mengenai keunikan Ikan Bulu yang perlu dipelihara supaya ia kelak kekal sebagai identiti utama Sri Aman.

“Justeru pihak kami berharap agar orang ramai tidak melepaskan peluang untuk memeriahkan suasana penganjuran Karnival Pesta Ikan Bulu 2009 yang bermula dari jam 7 pagi hingga 12 tengah malam dari 24 hingga 26 Julai ini,” katanya.

Sunday, July 5, 2009

Cerita Lucu : Diskaun Hukuman


Di sebuah Mahkamah perbicaraan sedang berlangsung terhadap seorang pencuri barang di pasaraya.

"Dengan ini kami memutuskan terdakwa di jatuhkan dengan hukuman penjara 4 bulan.",Hakim akhirnya menjatuhkan hukuman.

"Apakah terdakwa, penuntut umum atau penasihat undang-undang menerima?" kata hakim.

"Saya keberatan tuan hakim." kata seorang lelaki di kerusi belakang. "Seharusnya dia diberi diskaun hukuman."

Lelaki yang bersuara itu adalah pengurus di pasaraya, tempat terdakwa mencuri.

"Kenapa anda pula yang keberatan?"

"Kerana barang yang dia ambil adalah barang yang kami diskaun sehingga 45% tuan hakim."

"??@#$!!&##!!"

Saturday, June 27, 2009

Gambar Sekitar Carnival Autoshow 1 Malaysia 2009 di padang KPSU Lama














Wednesday, June 24, 2009

Warga emas di Kampung Lingga Sri Aman dibaham buaya


SRI AMAN 24 Jun - Seorang nelayan berusia 62 tahun di sini, membuktikan pepatah 'berpantang maut sebelum ajal' apabila menumpaskan seekor buaya sepanjang tiga meter dalam pertarungan dengan haiwan reptilia itu yang cuba membahamnya.

Meskipun terpaksa bertarung beberapa minit di dalam sungai, nasib menyebelahi mangsa yang dikenali sebagai Abang Melias apabila akhirnya dia dapat melepaskan diri daripada mulut haiwan pemangsa itu.

Kejadian berlaku di Sungai Batang Lupar di sini pada pukul 7 pagi, ketika mangsa ingin menarik sampan miliknya ke tebing sungai supaya tidak dihanyutkan oleh arus deras akibat ombak pasang besar.

Menurut mangsa, dia terpaksa mengharung ke dalam sungai terbabit hingga ke paras dada untuk menarik sampan.

"Sebab leka menarik sampan ke tebing, saya tidak menyedari kehadiran reptilia itu di kawasan tempat saya berdiri di dalam sungai.

"Tiba-tiba saya berasa ada sesuatu sedang bergerak laju lalu menyerang saya dari arah belakang tanpa sempat saya berbuat sesuatu.

"Ketika itu saya terbayangkan saat-saat kematian, tiba-tiba saya mendapat kekuatan lalu bergelut dengan buaya itu beberapa minit di dalam air," katanya ketika ditemui di Hospital Sri Aman di sini hari ini.

Abang Melais berkata, buaya tersebut telah menerkam kepalanya dari arah belakang hingga menyebabkan dia dapat merasakan sebahagian kecil daging di bahagian telinga kanannya koyak.

Katanya, dengan seluruh kekuatan yang ada, dia berusaha melawan buaya selebar hampir satu meter itu daripada menariknya hingga ke bahagian tengah sungai sebelum berjaya melepaskan diri sebaik sahaja reptilia itu melepaskan kepalanya.

Tambah mangsa, selepas berjaya melepaskan diri daripada reptilia tersebut, dia bergegas naik ke kawasan tebing untuk menyelamatkan diri dan buaya tersebut hilang di dalam sungai terbabit.

Bapa kepada tujuh anak lelaki dan tiga perempuan ini mengalami kecederaan di bahagian tengkuk, lengan tangan dan telinga sebelah kanan.

Mangsa kemudiannya dihantar ke Klinik Desa Lingga bagi tujuan rawatan sebelum dirujuk ke Hospital Sri Aman untuk pemeriksaan serta rawatan lanjut.

Mangsa yang tiba di Hospital Sri Aman pada pukul 10 pagi ini ditemani isterinya, Belian Bujang, 57, serta menantunya dilaporkan stabil tetapi masih dalam keadaan terkejut dengan kejadian tersebut.

Oleh SOPI SAMAILE (utusansarawak@utusan.com.my)

Gambar Sekitar Pertandingan Dart, Karom dan Cator MAKSAK Antara Bahagian 2009 di UNIMAS Samarahan pada 20-21 Jun 2009