Friday, May 29, 2009

HAPPY GAWAI DAYAK DAY TO ALL DAYAK COMUNITY


Selamat Meyambut Hari Gawai Dayak Untuk Seluruh Masyarakat Dayak di Sarawak.
Gayu Guru Gerai Nyamai.

Thursday, May 21, 2009

SURAT TERBUKA KEPADA MENTERI PELAJARAN MALAYSIA


Kepada :

YAB Tan Sri Muhyiddin bin Yassin
Timbalan Perdana Menteri Malaysia
Merangkap Menteri Pelajaran Malaysia
Putrajaya, Malaysia

Salam

YAB Timbalan Menteri,

1) Saya merupakan seorang garaduan dari Universiti Teknologi Mara pada tahun 2006. Saya telah menggangur selama 3 tahun dan belum mendapat pekerjaan tetap. Buat masa ini, saya menjadi guru sandaran di salah sebuah sekolah menengah di bahagian Sri Aman. Saya mula berkhidmat senagai guru sandaran bermula dari tahun lepas iaitu tahun 2008.

2) Untuk makluman YAB Timbalan Perdana Menteri, saya telah mengisi untuk memasuki KPLI sabanyak 3 kali namun tidak layak untuk memduduki peperiksaan MTEST. Begitu juga, baru-baru ini saya juga telah mengisi DPLI, namun jawapannya tetap sama. Untuk dijadikan cerita, saya pun mempunyai kelulusan yang agak bagus dalam bidang pengurusan perniagaan. Apa yang saya kesal adalah kenapa saya tidak diberi peluang untuk memduduki MTEST sedangkan saya layak.

3) Baru-baru ini Presiden Persatuan Guru-Guru Sarawak telah menyuarakan agar kuota untuk pengambilan pelajar KPLI untuk Sarawak perlu ditambah kerana ia lebih jauh rendah dari semenanjung. Perlu diingat disini, Sarawak merupakan sebuah negeri yang hampir sama besar dengan tanah semenanjung. Tambahan pula Sarawak juga bayak membantu dalam memberi kerusi-kerusi BN dalam parlimen. Saya bukan hendak menggugut, tetapi inilah kenyataannya. Jestru itu, saya membuat ingin syor dan cadangan buat Kementerian Pelajaran Malaysia:-

a) Mana-mana guru sandaran yang telah berkhidmat satu tahun dan keatas perlulah diberi peluang untuk menyertai KURSUS DALAM CUTI (KDC). Ini adalah untuk mengatasi masalah kekurangan guru terutamanya di Sarawak dan Sabah.

b)Tambahkan kuota untuk pegambilan Pelajar KPLI untuk Sarawak dan Sabah agar ia seimbang dengan pengambilan dari semenanjung.

c) Setiap sekolah di Malaysia harus ada sistem KPI sendiri agar prestasi kerja mereka dapat di pantau. Ini akan dapat meningkatkan lagi mutu sekolah berkenaan.

4) Saya berharap agar pandangan saya ini dapat di ambil perhatian yang serius olah YAB Timbalan Perdana Menteri. Ini adalah suara graduan-graduan yang tidak mendapat sebarang pekerjaan terutamanya di Sarawak.

Salam Hormat

Yang Benar
Graduan Sri Aman

Wednesday, May 20, 2009

PENCEN OH PENCEN




Kelihatan warga-warga pencen berpusu-pusu mengunjungi CIMB Bank Cawangan bagi mengeluarkan Wang Pencen mereka. Fenomena ini kebiasaanya berlaku pada 20-23 setiap hujung bulan. Ini adalah sebagai tanda prihatin pihak kerajaan terhadap rakyat. Namun apa yang kita sedih, ada segelintir warga-warga PENCEN ini tidak tahu bersyukur dan malah cuba untuk menghentam kerajaan. Nasihat kepada segelintir warga pencen ini, jadilah manusia bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan.

SALAM TAKZIAH


Salam Takziah Buat Keluarga YB Datuk Hajjah Rohani Bt Haji Abdul Karim atas pemergian Ayahnda Tercinta. Semoga Rohnya di Tempatkan disisi Orang-Orang yang Beriman.
Amin.

Al-Fatihah..

PASAR TAMU SRI AMAN DI HUJUNG MINGGU




Sunday, May 17, 2009

Manchester United juara lagi



PEMAIN-pemain Manchester United meraikan kemenangan meraih gelaran Liga Perdana England selepas seri 0-0 dengan Arsenal di Old Trafford, semalam. United hanya perlu satu mata untuk bergelar juara. - Reuters

MANCHESTER, England - Manchester United menjulang kejuaraan Liga Perdana England buat kali ketiga berturut-turut selepas mencatat keputusan seri 0-0 yang diperlukan dengan Arsenal di Old Trafford, semalam.

United memerlukan hanya satu mata untuk menjulang kejuaraan dan keputusan seri sudah memadai dan menutup peluang pasukan tangga kedua Liverpool, yang ketinggalan tujuh mata ketika masih tinggal dua perlawanan.

Ini bermakna United telah menjulang 11 kejuaraan liga dalam tempoh 17 musim di bawah pengurus Alex Ferguson dan kini menyamai rekod Liverpool muncul juara liga sebanyak 18 kali.

Ferguson telah memenangi 25 trofi kejohanan utama sejak tiba di kelab itu pada 1986 dan berharap dapat menambah kepada 26 trofi apabila United berdepan Barcelona pada perlawanan akhir Liga Juara-Juara di Rome pada 27 Mei ini.

Ketika sentuhan gol skuad Ferguson dikemudi oleh Cristiano Ronaldo dan prestasi terbaik oleh penyerang Wayne Rooney dan Carlos Tevez, United juga kukuh di bahagian pertahanan dengan penjaga gol Edwin van der Sar yang mencatat rekod bola sepak liga England apabila melalui 1,311 minit perlawanan tanpa melepaskan gol.

United goyah pada April lalu apabila kalah 1-4 di tempat sendiri kepada Liverpool, disusuli 0-2 di Fulham sebelum memulakan rentak kemenangan untuk meninggalkan musuh ketatnya itu.

Begitupun, agak mengejutkan kerana pada perlawanan, semalam skuad Ferguson beraksi di bawah keupayaan terbaik mereka tanpa banyak mengancam kubu Arsenal.

Arsenal tiba di Old Trafford untuk bersaing merebut tempat ketiga liga, dan skuad Arsene Wenger jelas berhajat untuk merosakkan hasrat United menjulang kejuaraan lebih awal dengan mengambil kesempatan daripada aksi gugup United menerusi beberapa percubaan walaupun berkesudahan tanpa jaringan babak pertama.

Robin van Persie, yang tidak dikawal melepaskan peluang terbaik untuk meletakkan pelawat di depan apabila menanduk bola hantaran silang Samir Nasri pada minit ke-13 tinggi melepasi palang walaupun dia sepatutnya mudah menjaringkan gol.

Empat minit kemudian United hampir menggegar gawang, namun tandukan Wayne Rooney hasil bola lintang Michael Carrick hanya sedikit tersasar.

Arsenal meneruskan asakan di kubu United selepas rehat dan pertahanan remaja Kieran Gibbs melakukan percubaan pada minit ke-58 namun terkena bahagian tepi gawang selepas gerakan melibatkan Barcary Sagna dan Andrey Arshavin.

United membalas menerusi Ronaldo, namun jumlah 26 gol yang dijaringkan oleh pemain itu gagal bertambah apabila percubaannya tinggi melepasi palang selepas mendapat hantaran Carlos Tevez.

Ia merupakan gerakan terakhir oleh Tevez. Tidak lama kemudian pemain antarabangsa Argentina itu dikeluarkan dan tindakan mengeluarkan Tevez diejek oleh penyokong United. -

Tahniah Kepada HAFIZ (Sarawak) : Juara AF Musin ke-7


Friday, May 15, 2009

SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU UNTUK SEMUA GURU-GURU DI MALAYSIA


CUEPACS mahu 33,000 guru KAFA diserap : Berita Baik Untuk Guru KAFA


REMBAU 15 Mei - Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) meminta kerajaan menyerap lebih 33,000 guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di seluruh negara ke jawatan tetap supaya kebajikan mereka lebih terbela.

Presidennya, Omar Osman berkata, pada masa ini guru KAFA di seluruh negara berkhidmat secara kontrak dan tidak layak menerima kemudahan seperti pinjaman perumahan, perubatan serta cuti mengerjakan ibadah haji.

Jelas beliau, langkah menyerap guru KAFA ke jawatan tetap akan melayakkan mereka menerima imbuhan serta kemudahan seperti guru lain di dalam skim perkhidmatan pendidikan.

"Guru-guru KAFA berperanan penting mendidik anak-anak tentang ilmu agama namun mereka seperti dianaktirikan," jelasnya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar Majlis Ramah Mesra Bersama Presiden CUEPACS di Sekolah Kebangsaan Kundor, Pedas dekat sini hari ini.

Hadir sama guru besar sekolah tersebut, Abdullah Abd. Rahman.

Pada masa ini, terdapat 33,475 guru KAFA dan 247 penyelia di seluruh negara menerima elaun bulanan RM500 iaitu kadar yang tidak pernah dinaikkan sejak kelas itu dimulakan pada 1990.

Bagaimanapun, di Wilayah Persekutuan, elaun tersebut telah dinaikkan kepada antara RM1,000 dan RM1,200 bermula Januari lalu.

Osman menambah, lantikan guru KAFA secara kontrak adalah tidak adil dan menimbulkan banyak masalah kepada golongan berkenaan.

Menurut beliau, CUEPACS menerima banyak rungutan serta keluhan berhubung isu taraf jawatan kontrak dan kebajikan guru KAFA yang tidak terbela.

"Lebih malang lagi, terdapat sebahagian guru KAFA yang tidak disambung kontrak perkhidmatan sedangkan mereka perlu menjelaskan ansuran pinjaman kenderaan atau perumahan kepada institusi kewangan.

"Malah, ada yang berkhidmat secara kontrak lebih daripada 20 tahun. Sampai bila keadaan ini perlu berterusan?" katanya.

Sehubungan itu, ujar Omar, penyerapan guru KAFA ke jawatan tetap akan membolehkan mereka menjalani kehidupan lebih selesa dan menumpukan sepenuh perhatian kepada pengajaran.

Kata beliau, sekiranya cadangan tersebut diluluskan, ia akan dianggap sebagai 'hadiah istimewa' kepada guru KAFA di seluruh negara yang meraikan Hari Guru esok.

Dalam pada itu, jelas Omar, kakitangan kerajaan dari kumpulan sokongan yang aktif berpolitik dinasihatkan supaya memohon kelulusan bertulis daripada ketua jabatan masing-masing sekiranya perlu menghadiri program parti semasa bertugas.

Ujarnya, kakitangan terbabit perlu mengutamakan tugas hakiki dan sebaik-baiknya menyertai kegiatan politik di luar waktu bekerja.

Sumber : Utusan Malaysia

Thursday, May 14, 2009

Sri Aman jadi tuan rumah sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Sarawak 2009 dari 19 hingga 21 Mei ini


SRI AMAN, Rabu (13 Mei) – Bandar Sri Aman akan menjadi tuan rumah kepada Majlis Perayaan Hari Guru Peringkat Negeri Sarawak 2009 bermula dari 19 hingga 21 Mei ini.

Menurut kenyataan media yang diterima hari ini, terdapat lima buah acara yang akan diadakan demi memeriahkan lagi Majlis Perayaan Hari Guru Peringkat Negeri Sarawak 2009 bagi tempoh tarikh tersebut.

Lima buah acara terbabit adalah Pameran Pendidikan, Malam Desiran Benak Bumi Kenyalang, Majlis Keilmuan: Forum Pendidikan, Lawatan Pendidikan dan Majlis Perasmian Perayaan Hari Guru 2009 Peringkat Negeri Sarawak.

“Pameran Pendidikan akan berlangsung di Mini Stadium Majlis Daerah Sri Aman bermula dari jam 2 hingga 4 petang pada 19 Mei ini manakala pada jam 7 hingga 10 malam pula pada hari yang sama akan berlangsung Malam Desiran Benak Bumi Kenyalang di Dewan Suarah Sri Aman.

“Malam Desiran Benak Bumi Kenyalang di Dewan Suarah Sri Aman ini akan dirasmikan oleh Menteri Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden anak Hollis pada jam 9.45 malam,” katanya.

Bagi 20 Mei pula, dua buah acara menarik akan berlangsung menurut kenyataan terbabit antaranya ialah Majlis Keilmuan: Forum Pendidikan di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Aman dan Lawatan Pendidikan ke Hidro Batang Ai / Skim Merindun, Lubok Antu.

Majlis Keilmuan: Forum Pendidikan di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Aman akan bermula jam 8 pagi hingga 12 tengahari manakala Lawatan Pendidikan ke Hidro Batang Ai / Skim Merindun, Lubok Antu pula bermula dari jam 2 hingga 5 petang.

“Kemuncak perayaan ini akan berlangsung pada 21 Mei apabila Ketua Menteri Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud akan merasmikan Majlis Perayaan Hari Guru Peringkat Negeri Sarawak 2009 di Dewan Suarah Sri Aman pada 9 pagi hingga 1 petang.

“Jadi pihak kami berharap agar Majlis Perayaan Hari Guru Peringkat Negeri Sarawak 2009 ini akan memberi lebih banyak makna terhadap golongan warga pendidik di negeri ini dan khasnya di Sri Aman,” katanya.

Sunday, May 10, 2009

GAMBAR MAJLIS PELANCARAN RASMI KELAB BELIA BERSATU BATANG LUPAR (KEBAS) 2009




PERASMIAN KELAB BELIA BERSATU BATANG LUPAR : YB PUAN HJH SIMOI PERI YANG MEWAKILI YB DATUK HJH ROHANI KARIM



Caption: SIMBOLIK...Simoi sedang merasmikan upacara simbolik pelancaran KEBAS sambil disaksikan tetamu undangan khas yang lain ketika berlangsungnya majlis malam tadi.

SRI AMAN, Ahad (10 Mei) – Golongan belia merupakan intipati dan paksi kepada kekuatan sesebuah negara di masa akan datang kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Hajah Simoi binti Haji Peri.

Justeru adalah amat penting bagi golongan belia di negara ini dididik dengan keperluan agama yang secukupnya demi mengelakkan mereka terjebak dalam kancah aktiviti sosial kurang sihat dari masa ke semasa.

“Ingin saya tekankan di sini bahawa kekuatan sesebuah negara sebenarnya bergantung penuh kepada peranan yang dimainkan oleh golongan belia mereka termasuk dari segi sumbangan masing-masing terhadap aspek ekonomi, politik dan sosial.

“Kekuatan sesebuah negara boleh menjadi lemah sekiranya golongan belia ini terjebak dalam kancah aktiviti tidak sihat terutamanya jenayah...maka itu adalah amat penting nilai didikan agama disemai dalam diri mereka untuk sepanjang masa,” katanya.

Simoi berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Fiesta Karaoke Sri Aman 2009 yang dianjurkan bersempena dengan Majlis Pelancaran Kelab Belia Bersatu Batang Lupar Sri Aman (KEBAS) di Mini Stadium Sri Aman malam tadi.

Selain itu beliau juga menasihatkan golongan belia agar tidak mudah menerima kemasukan budaya barat yang mempunyai amalan bertentangan dengan budaya ketimuran penduduk dalam negara ini.

“Paling dikhuatiri ialah tindakan belia mengamalkan budaya Barat ini akan menyebabkan penduduk akan kehilangan identiti kaum mereka secara sedikit demi sedikit di masa akan datang.

“Atas sebab ini saya memohon ibubapa untuk menyemai nilai-nilai murni dalam diri anak masing-masing agar identiti kita sebagai bangsa Malaysia dapat terpelihara dikalangan generasi seterusnya,” kata Simoi lalu mengumumkan peruntukkan berjumlah RM2,000 kepada kelab berkenaan.

Hadir sama ialah wakil Residen Sri Aman, Zaidi Haji Sarkawi, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Sri Aman, Ishak Ismail, Pengerusi KEBAS, Awang Magreb Awang Anie, Pegawai Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Parlimen Batang Lupar, Zaidil Haji Ripin, Ketua Pergerakan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Lingga, Kanselor Mas Shamsiah Haji Maslem dan para ketua kaum dari sekitar daerah ini.

Majlis Pelancaran KEBAS malam tadi telah dimeriahkan dengan kehadiran lebih 300 orang penduduk yang ingin menyaksikan pertandingan karaoke, persembahan poco-poco dan persembahan hip-hop.

Thursday, May 7, 2009

Jangan fikir yang bukan-bukan.


Sila baca 5 igek cerita debah tok sampey habis..

Cerita 1
Aminah merenong batang yang semakin menegak ya, dia terus mengusap-usap batang tersebut. Kelihatan air putih mengalir keluar. Aminah pun menjerit "...nek lemang tok nak buat macam ney?dah masak rasanya..."..

Cerita 2
Jalal meramas-ramas kemuncak kedua-dua bukit kecil itu, hatinya puas dan semangatnya semakin berkobar-kobar, jari-jemarinya terus menguli tanpa henti. Jalal tidak sabar mok menyiapkan model untuk projek sainsnya ya yang bertajuk "bentuk muka bumi di kawasan berbukit bukau."

Cerita 3
Zamarul menghisap-hisap puting dengan berhati-hati dan perlahan, dia sik mok tergesa-gesa, sesekali lidahnya menyentuh lembut hujung puting itu dan menyedut keluar sedikit susu... "cehh masih panas, dah dekat satu jam aku rendam dalam air suan pun masih panas" anak Zamarul yang masih bayi terus menangis meminta susu. Zamarul semakin tension..

Cerita 4
Idham menjerit sambil menghenjut-henjut badannya dengan rakus dan kasar "Come on baby, lets make it..." katanya berulang-ulang kali tanpa henti.. Kemuncaknya semakin tiba dan Idham kelihatan semakin rakus memacu kudanya untuk menamatkan perlumbaan itu, dia bertekad utk memenangi tempat pertama dalam perlumbaan ya..

Cerita 5
Bahagian belakang kereta ya bergegar dan berhnejut-henjut. "Apa jak kah berlaku?" Karim yang dari tadi menghintip dari celah-celah pokok dapat melihat 2 susuk tubuh manusia sedang melakukan sesuatu di dlm kegelapan ya.. Karim terus mendiamkan diriknya, dia takut kehadirannya akan disedari.. Tetapi setelah lama menghintip, Karim pun lantas bangun dan segera menawarkan khidmatnya untuk membantu mereka menukarkan tayar kereta mereka yang pancit itu.

** Kesimpulannya, mun ktk org langsung sik terfikir apa-apa mengenai seks semasa membaca 5 cerita di atas, ya bermaksud ktk bukannya seorg normal. Sebaliknya, mun ktk org ada terfikirkan sesuatu yang berkaitan dengan seks....jgnlah ktk org risau, sebab anda adalah seorg yg normal... Tapi jgn terlebih pikir 18SX jak... Anda Macam Mana?

Monday, May 4, 2009

Nurul Syuhada Majalah 3 ke nie...???


Hai semua org kampung... Tengok betol2 gambar nie... macam kenal pun ada kan...??? Hai semua org kampung... Bukankah nie gambar Nurul Syuhada penyampai Majalah 3, TV3 tu...??
Hai semua org kampung... Kalau betol, macam mana ekk gambar dia boleh terlepas kesini...??? Hai semua org kampung... Walaupun bukan macam gambar Elizebeth Wong, atau Zakiah Anas, tapi boleh tahan gak gambar nie kan...??? Hai semua org kampung... Janganlah buat macam nie ekk... Walaupun nak tangkap gambar, simpan la rapi2, simpan la elok2, simpan la kemas2...Hai semua org kampung... Jangan bagi tau kat org bandar pulak... Nanti susah hidup... hahaha...

sumber : buayamerah.blogspots.com

PESTA BENAK DI SIMANGGANG : KEMUNGKINAN OGOS


Caption: DALAM PROSES... Taman Tebingan Sungai Batang Lupar Fasa I (A) kini masih lagi dalam proses pembinaan.

SRI AMAN, Khamis (30 April) – Pesta Benak dijangka akan berlangsung pada bulan Ogos ini di bandar Sri Aman kata Menteri Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden anak Hollis.

Bagaimanapun tarikh tepat mengenai penganjuran temasya berprestij berkenaan kata beliau bergantung sepenuhnya kepada tempoh siap pembinaan Taman Tebingan Sungai Batang Lupar yang kini masih lagi dalam proses.

“Saya dimaklumkan sebelum ini bahawa terdapat beberapa penangguhan dalam proses pembinaan Taman Tebingan Sungai Batang Lupar Fasa I (A) kerana disebabkan oleh faktor cuaca buruk.

“Taman Tebingan Sungai Batang Lupar Fasa I (A) yang sepatutnya siap dalam bulan Mei ini mungkin dijangka akan siap sepenuhnya pada akhir bulan Jun nanti,” katanya ketika dihubungi Utusan Sarawak hari ini.

Jika Taman Tebingan Sungai Batang Lupar berjaya disiapkan pada akhir bulan Jun nanti maka berkemungkinan Pesta Benak Sri Aman 2009 akan dapat diadakan pada bulan Ogos tahun ini kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang berkenaan.

Justeru Harden berharap agar proses pembinaan Taman Tebingan Sungai Batang Lupar dapat berjalan dengan lancar demi membolehkan Pesta Benak di adakan di kawasan itu pada tahun ini.

Terdahulu projek pembinaan Taman Tebingan Sungai Batang Lupar Fasa bagi peringkat Fasa I (A) yang bermula dari bermula dari pondok jeti sehingga ke kawasan tengah Tebingan Sungai Batang Lupar Sri Aman ini telah menelan kos perbelanjaan berjumlah RM2,160,300.

Taman Tebingan Sungai Batang Lupar ini yang telah mula dibina pada bulan Mei tahun mengandungi dataran aktiviti Pesta Benak, terminal sampan, perabot taman, pentas tinjaun Benak dan landskap tebingan Batang Lupar yang lebih lembut.

Sekiranya projek Fasa I (A) ini siap kelak maka kerajaan akan melaksanakan projek pembinaan Taman Tebingan Sungai Batang Lupar bagi peringkat Fasa I (B) yang bakal menelan perbelanjaan berjumlah RM4 juta.
sumber : sriaman news

Sunday, May 3, 2009

SUKANEKA ANJURAN WI DENGAN KERJASAMA JKKK KAMPUNG MASJID BARU SRI AMAN








Majlis ini merupakan aktiviti sulung bagi WI Kampung Masjid Baru bagi mengutip dana untuk perastuan mereka. Program ini juga diadakan secara kerjasama dengan JKKK Kampung Masjid Baru. Pelbagai aktiviti-aktiviti yang dijalankan seperti pertandingan cari duit dalam tepung, mengisi air dalam botol, tarik tali dan sebagainya. Turut hadir pada program ini adalah KK Abang Norin bin Abang Norudin, selaku orang kuat dalam JKKK. Syabas dan tahniah atas penganjuran aktiviti ini.

SHOPPING AND MAKAN.....MAKAN








Baru-baru ini saya dan isteri berpeluang untuk pergi ke Kuching bagi menyemarakkan lagi Jualan Potongan 50% di Lea Center. Namun hampa kerana kebanyakan barang-barang sudah habis dan yang tinggal adalah yang bersaiz besar. Namun kami tidak melepas peluang untuk makan.....makan.....makan.....dan makan. hehehehe....
Justify Full

Jumlah guru Sarawak terlalu rendah, Ghani Bin


Kementerian Pelajaran digesa menambah kuota pengambilan guru pelatih dari Sarawak bagi menambah jumlah guru terlatih di kalangan orang tempatan di negeri ini.

Presiden Kesatuan Guru Sarawak (STU) William Ghani Bina berkata, pengambilan guru pelatih dari negeri ini masih terlalu rendah iaitu hanya 2.43 atau 152 pelatih berbanding negeri-negeri lain yang jauh lebih tinggi.

Berucap pada majlis Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) STU Miri di sebuah hotel hari ini beliau berkata, daripada 6,267 permohonan dari Sarawak, hanya 152 diterima masuk ke maktab perguruan.

“Isu pemberian kuota yang terlalu rendah ini bukan sahaja menjadi kepentingan bagi STU malah Kerajaan Negeri. Justeru kita mahu kementerian memberi pertimbangan untuk menambah jumlah pelatih dari Sarawak,” katanya.

William Ghani menambah, isu ini sudah dibincangkan bersama pegawai dan pengarah dari kementerian pendidikan negeri.

Dalam perkembangan sama, beliau menggesa Kementerian Pendidikan (Bahagian Maktab Perguruan) di setiap negeri agar memperuntukan 50 peratus pengambilan untuk orang tempatan.

“Saya cadangkan 50 peratus pengambilan guru terlatih di setiap negeri diberikan kepada penduduk tempatan manakala separuh daripadanya diberikan kepada guru dari negeri-negeri lain,” ujarnya.

Dalam konteks ini, katanya orang awam harus diberi keutamaan kerana mereka lebih komited dan arif mengenai selok-belok mengajar di Sarawak.

“Rakyat Sarawak harus diberi keutamaan kerana mereka lebih fokus dan komited untuk menjalankan tugas walaupun ditempatkan di kawasan pedalaman.”

“Mereka tidak perlu memikirkan sepanjang masa untuk pulang ke negeri masing-masing kerana mereka orang tempatan. Ini secara tidak langsung dapat meningkatkan mutu pembelajaran dan pengajaran,” tegas beliau lagi.

Sumber : SarawakUpdate