YAB Tan Sri Muhyiddin bin Yassin
Timbalan Perdana Menteri Malaysia
Merangkap Menteri Pelajaran Malaysia
Putrajaya, Malaysia
Salam
YAB Timbalan Menteri,
1) Saya merupakan seorang garaduan dari Universiti Teknologi Mara pada tahun 2006. Saya telah menggangur selama 3 tahun dan belum mendapat pekerjaan tetap. Buat masa ini, saya menjadi guru sandaran di salah sebuah sekolah menengah di bahagian Sri Aman. Saya mula berkhidmat senagai guru sandaran bermula dari tahun lepas iaitu tahun 2008.
2) Untuk makluman YAB Timbalan Perdana Menteri, saya telah mengisi untuk memasuki KPLI sabanyak 3 kali namun tidak layak untuk memduduki peperiksaan MTEST. Begitu juga, baru-baru ini saya juga telah mengisi DPLI, namun jawapannya tetap sama. Untuk dijadikan cerita, saya pun mempunyai kelulusan yang agak bagus dalam bidang pengurusan perniagaan. Apa yang saya kesal adalah kenapa saya tidak diberi peluang untuk memduduki MTEST sedangkan saya layak.
3) Baru-baru ini Presiden Persatuan Guru-Guru Sarawak telah menyuarakan agar kuota untuk pengambilan pelajar KPLI untuk Sarawak perlu ditambah kerana ia lebih jauh rendah dari semenanjung. Perlu diingat disini, Sarawak merupakan sebuah negeri yang hampir sama besar dengan tanah semenanjung. Tambahan pula Sarawak juga bayak membantu dalam memberi kerusi-kerusi BN dalam parlimen. Saya bukan hendak menggugut, tetapi inilah kenyataannya. Jestru itu, saya membuat ingin syor dan cadangan buat Kementerian Pelajaran Malaysia:-
a) Mana-mana guru sandaran yang telah berkhidmat satu tahun dan keatas perlulah diberi peluang untuk menyertai KURSUS DALAM CUTI (KDC). Ini adalah untuk mengatasi masalah kekurangan guru terutamanya di Sarawak dan Sabah.
b)Tambahkan kuota untuk pegambilan Pelajar KPLI untuk Sarawak dan Sabah agar ia seimbang dengan pengambilan dari semenanjung.
c) Setiap sekolah di Malaysia harus ada sistem KPI sendiri agar prestasi kerja mereka dapat di pantau. Ini akan dapat meningkatkan lagi mutu sekolah berkenaan.
4) Saya berharap agar pandangan saya ini dapat di ambil perhatian yang serius olah YAB Timbalan Perdana Menteri. Ini adalah suara graduan-graduan yang tidak mendapat sebarang pekerjaan terutamanya di Sarawak.
Salam Hormat
Yang Benar
Graduan Sri Aman