Wednesday, April 29, 2009

Kursus Keusahawan Penternakan Walit Secara Komersial di Dewan Pejabat Daerah Asajaya, Samarahan 25 Mei ini


SRI AMAN, Rabu – ASRADA Enterprise @ Global Markerting dengan sokongan Unit Pembangunan Usahawan Bumiputera Kuching akan menganjurkan Kursus Keusahawan Penternakan Walit Secara Komersial pada 25 Mei ini bertempat di Dewan Pejabat Daerah Asajaya, Samarahan.
Menurut jurucakap penganjur Zaidil Haji Ripin ketika dihubungi berkata kursus ini bertujuan untuk m,emberi pendedahan kepada teknologi pembinaan rumah burung bagi pengeluaran sarang wallet emas di Sarawak dan mengetahui potensi kawasan, potensi industri, impak penternakan terhadap alam sekitar, pasaran dan bantuan pembiayaan.
“Selain itu kursus ini juga bertujuan untuk memberi pengetahuan dan kemahiran teknik-teknik serta tips pengeluaran sarang burung wallet emas melalui rumah burung.
“Ini secara tidak langsung memberi peluang kepada usahawan bumiputera Sarawak untuk menceburi mbidang pengeluaran sarang burung wallet emas yang berpontensi pada masa sekarang,” katanya.
Semasa pra-pendaftaran para peserta yang berminat kata Zaidil hanya perlu menghantar nama, nombor kad pengenalan, alamat dan nombor telefon dengan menghantar Sistem Pesanan Ringkas (SMS) atau menghubungi beliau sendiri di talian 013-8355673 atau kepada Amat menerusi talian 013-8357880.
“Setiap peserta akan dikenakan yuran penyertaan berjumlah RM100 seorang. Kursus Kursus Keusahawan Penternakan Walit Secara Komersial hanya akan berlangsung selama sehari dan sijil akan diberikan kepada para yang telah mengambil bahagian.
“Proses pendaftaran peserta akan bermula seawal jam 8 pagi pada hari berkenaan dan ceramah mengenai kursus ini akan dikendalikan oleh Unit Pembangunan Usahawan Bumiputera Kuching, Jabatan Hutan, Argo Bank,” katanya.

Sunday, April 26, 2009

Gimnasium Rakyat di Rumah MAKSAK Bahagian Sri Aman





Gimnasium Rakyat ini akan beropersi dari jam 5.oo petang sehingga 8.00 malam setiap hari. Pihak pengurusan akan mengenakan bayaran sebanyak RM1 untuk seorang. Gimnasium ini juga menempatkan ruang untuk wanita yang berminat untuk bersenam di gim. datanglah beramai-ramai bagi memeriahkan lagi gimnasium ini.

Thursday, April 23, 2009

Pertandingan Rakan Muda Street Soccer Challenge 2009


Pengerak Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Sri Aman dengan kerjasama Persatuan Bola Sepak Bahagian Sri Aman dan Jawatankuasa Pengurusan Rumah Maksak Sri Aman kan menganjurkan Pertandingan Rakan Muda Street Soccer Challenge 2009 bertempat di Gelanggang Street Soccer Rumah Maksak pada 25 April 2009. Semua belia-belia dijemput untuk menyertai pertandingan tersebut. Yuran penyertaan adalah sebanyak RM 10. Sistem pertandingan adalah sistem Knock Out. Bagi mendapatkan borang penyertaan sila berhubung dengan urusetia iaitu En. Zaidil Ripin di talian 0138355673. Tarikh tutut penyertaan adalah pada 24 April 2009 jam 5.00 petang.

JKKK Kampung Masjid sampai derma kilat RM500 kepada keluarga Bakri


Caption: PRIHATIN...KK Norin (kanan) menyampaikan sumbangan wang kepada Bakri (kiri) sambil disaksikan oleh Zaidil (tiga dari kiri) ketika berlangsungnya majlis semalam.

SRI AMAN, Rabu (22 April) – Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Masjid Baru tampil membantu keluarga Bakri Rapia yang ditimpa musibah apabila kediaman mereka musnah dijilat api menerusi kejadian kebakaran yang berlaku di Kampung Hilir pada 19 April lalu.

JKKK Kampung Masjid Baru yang diketuai oleh Ketua Kampung Abang Noren bin Abang Naruddin telah menyampaikan bantuan kewangan berjumlah RM721 kepada keluarga mangsa kebakaran berkenaan menerusi majlis yang berlangsung pada jam 5 petang kelmarin.

Beliau ketika ditemui pemberita menjelaskan bahawa bantuan terbabit adalah hasil daripada aktiviti kutipan wang derma kilat yang dilakukan oleh pihaknya di sekitar Kampung Masjid Baru bermula 20 April lepas.

“Hasilnya pihak kami telah berjaya mengumpul sejumlah RM721 ini daripada semua penduduk dalam kawasan Kampung Masjid Baru untuk diserahkan kepada keluarga mangsa (Bakri).

“Justeru itu pihak JKKK Kampung Masjid Baru berharap agar keluarga Bakri dapat memanfaatkan sumbangan wang yang disampaikan oleh pihak kami ini dengan sebaik yang mungkin,” katanya.

Hadir sama untuk menyaksikan upacara penyerahan wang derma kilat ialah Pegawai Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Parlimen P.201 Batang Lupar, Zaidil Haji Ripin, Ketua Kampung Tanjung Engkabag, Haji Abang Mazaman Haji Kawi dan para ahli JKKK Kampung Masjid Baru yang lain.

Terdahulu rumah milik keluarga Bakri bin Rapia telah musnah dalam kejadian kebakaran yang bermula sekitar jam 6.39 petang pada 19 April lalu. Nilai kerugian kasar akibat kejadian kebakaran terbabit dianggarkan berjumlah RM90,000.
Sumber : Blog SriAmanNews

Sunday, April 19, 2009

Kebakaran Di Kampung Hilir Sri Aman




Mangsa kebakaran bernama Bakri bin Rabaie, Kpg Hilir Sri Aman. Kebakaran ini hanya melibatkan sebuah keluarga. Menurut sumber, kejadian berlaku kira-kira jam 7.00 petang. Kebakaran ini berpunca dari litar pintas di bilik belakang rumah mangsa. Semasa kejadian berlaku, mangsa sedang menunaikan solat maghrib dan berada di rumah. Tiada kematian di laporkan. Bomba telah sampai ke tempat kejadian pada sekitar jam 7.30 mlm dan dapat mengawal kebakaran daripada merebak. Kerugian dianggarkan sekitar RM90 ribu.

24 - 26 April! - Pesta Ikan Tapah Pantu 2009


Pekan Pantu, Sri Aman bakal menjadi tumpuan ribuan orang pengunjung dari seluruh negeri ini apabila buat julungkalinya berlangsung Pesta Ikan Tapah Pantu 2009 bertempat kawasan sekitar pekan berkenaan bermula dari 24 hinghga 26 April ini nanti.

Sambutan Pesta Ikan Tapah Pantu 2009 di Pekan Pantu ini nanti akan dihiasi dengan tujuh buah aktiviti menarik antaranya ialah Pentas Rakyat, Pertandingan Menangkap Ikan dan Udang, Sukan Air, Sukan Rakyat, Gerai Jualan Hasil Pertanian oleh Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Pantu, Gerai Jualan dan Pameran Pembangunan.


“Terdapat empat acara yang akan berlangsung menerusi acara Pentas Rakyat iaitu Pertandingan Karaoke, Nyanyian Penyanyi Jemputan Terkenal Iban, Melayu dan Cina, Tarian Poco-Poco dan Pertandinagn Ratu Pesta Ikan Tapah Pantu 2009.

“Sukan Air pula akan mempertengahkan acara Menangkap Itik, Naik Tiang Licin, Tarik Tali Perahu, Pukul Bantal dan Lumba Perahu,”menurut kenyataan media yang dikeluarkan hari ini.

Sebuah lagi acara iaitu Sukan Rakyat pula bakal mempertengahkan Pertandingan Menganyam, Mengupas Buah Kelapa, Menyumpit Belon, Larian dalam Kanvas, Senamrobik, Melukis dan Mewarna serta Melukis Logo.

“Gerai Jualan pula dibuka kepada orang ramai yang berminat untuk berniaga dengan hanya perlu membayar sejumlah RM50 bagi sebuah tapak untuk selama tiga hari ketika berlangsungnya Pesta Ikan Tapah Pantu ini nanti.

“Mereka yang berminat hanya perlu menghubungi Ricklane Tony Sigan di talian 083-322072 dan borang penyertaan bagi tujuan aktiviti Gerai Jualan boleh diambil mulai 17 April ini,” katanya.

Pesta Ikan Tapah Pantu 2009 akan dirasmikan oleh Menteri Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden anak Hollis mulai jam 8 malam pada 25 April ini bertempat di Pentas Rakyat, Pekan Pantu.

“Acara ini juga akan dimeriahkan dengan aktiviti Gotong Royong Rakan Muda mulai jam 7.30 pagi pada 17 April ini di perkarangan Pekan Pantu dan ianya akan dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balai Ringin, Snowdan Donald Lawan,” katanya.

Saturday, April 18, 2009

Rohani mencadangkan agar kajian proses membiak dan menyimpan benih ikan itu dijalankan segera


Oleh Aziz Drahman (Utusan Berneo)

MALUDAM: Kebimbangan nelayan akan kepupusan spesies ikan terubuk yang sinonim dengan negeri ini, mendapat perhatian serius apabila kementerian yang bertanggungjawab mencadangkan supaya kajian proses membiak dan menyimpan benih ikan itu dijalankan segera.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia Datuk Rohani Karim berkata, sebelum ini kajian terhadap spesies ikan unik itu telah dijalankan oleh Jabatan Pertanian di Lingga, Sri Aman tetapi kurang berjaya.

Ini kerana katanya, penyelidikan sukar dilakukan memandangkan ikan terubuk yang hanya boleh membiak di habitat semula jadi itu tidak sesuai diternak dalam sangkar atau kolam.

“Menyedari kemungkinan berlaku kepupusan spesies ikan terubuk negeri ini, maka Jabatan Perikanan Malaysia (JPM) diharap dapat membuat kajian mengenai proses untuk membiak benih dan cara menyimpan benih dalam balang khas untuk kegunaan masa depan.

“Ia tidak mustahil kerana saintis JPM telah berjaya membuat penemuan baru bagi menyelamatkan dua spesies ikan air tawar yang hampir pupus iaitu temoleh dan kelah dengan cara menyimpan benih ikan-ikan ini dalam balang khas,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Utusan Borneo selepas merasmikan Pesta Maludam 2009 anjuran bersama Pejabat Daerah Betong dan Pejabat Daerah Kecil Maludam di Kampung Maludam, Pusa, semalam.

Rohani yang juga Ahli Parlimen Batang Lupar memberitahu, penemuan terbaru itu membolehkan benih-benih ikan terutama daripada spesies terancam dapat disimpan dalam balang cyro di bawah suhu beku.

“Kajian juga dibuat untuk menghasilkan benih-benih ikan terancam melalui pengambilan sperma daripada ikan jantan demi memastikan keturunan ikan tidak pupus,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau diberi tanggungjawab untuk memperkasakan lagi sektor perikanan negara ini atas arahan ‘bos baru’ kementeriannya, Datuk Noh Omar.

“Saya memilih untuk memberi perhatian khusus dalam sektor perikanan kerana potensi maju bidang ini di Sara-wak, apatah lagi kita dianugerahkan dengan kekayaan hasil laut serta kemudahan canggih di Pelabuhan Perikanan Laut Dalam Tanjung Manis,” katanya sambil menambah, Datuk Noh fokus kepada sektor pertanian dan Datuk Johari Baharum, penternakan.

Bagaimanapun, pemilihan lebih memfokuskan pembangunan sektor perikanan ia tidak bermakna beliau mengabaikan sektor pertanian dan penternakan di Sarawak.

Pesta Maludam 2009 yang dihadiri oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga Simoi Peri itu turut menyaksikan penyerahan geran peruntukan kira-kira RM100,000 termasuk bantuan berupa mesin jahit dan mi serta racun rumput kepada beberapa sekolah dan kampung sekitar daerah kecil Maludam.

Hadir sama, Timbalan Residen Betong Pathi Kerni, Pemangku Pegawai Daerah Betong Friday Belik, SAO Maludam Baijuri Hisham Spawi dan Penghulu Kampung Maludam Awang Karim Awang Amit.

Pertandingan Futsal Peringkat Bahagian Sri Aman 2009


Sebanyak 32 pasukan teleh berentap dalam pertandingan Futsal Peringkat Bahagian Sri Aman 2009 yang berlangsung di kompleks sukan KPSU Sri Aman pada 17-19 April 2009. Tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk memilih pemain yang bakal mewakuli Sri Aman ke kejohanan Futsal Peringkat Negeri yang khabarnya akan di adakan di Sri Aman. Selamat Bermain kepada semua yang menyertai kejohanan ini.