Pekan Pantu, Sri Aman bakal menjadi tumpuan ribuan orang pengunjung dari seluruh negeri ini apabila buat julungkalinya berlangsung Pesta Ikan Tapah Pantu 2009 bertempat kawasan sekitar pekan berkenaan bermula dari 24 hinghga 26 April ini nanti.
Sambutan Pesta Ikan Tapah Pantu 2009 di Pekan Pantu ini nanti akan dihiasi dengan tujuh buah aktiviti menarik antaranya ialah Pentas Rakyat, Pertandingan Menangkap Ikan dan Udang, Sukan Air, Sukan Rakyat, Gerai Jualan Hasil Pertanian oleh Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Pantu, Gerai Jualan dan Pameran Pembangunan.
“Terdapat empat acara yang akan berlangsung menerusi acara Pentas Rakyat iaitu Pertandingan Karaoke, Nyanyian Penyanyi Jemputan Terkenal Iban, Melayu dan Cina, Tarian Poco-Poco dan Pertandinagn Ratu Pesta Ikan Tapah Pantu 2009.
“Sukan Air pula akan mempertengahkan acara Menangkap Itik, Naik Tiang Licin, Tarik Tali Perahu, Pukul Bantal dan Lumba Perahu,”menurut kenyataan media yang dikeluarkan hari ini.
Sebuah lagi acara iaitu Sukan Rakyat pula bakal mempertengahkan Pertandingan Menganyam, Mengupas Buah Kelapa, Menyumpit Belon, Larian dalam Kanvas, Senamrobik, Melukis dan Mewarna serta Melukis Logo.
“Gerai Jualan pula dibuka kepada orang ramai yang berminat untuk berniaga dengan hanya perlu membayar sejumlah RM50 bagi sebuah tapak untuk selama tiga hari ketika berlangsungnya Pesta Ikan Tapah Pantu ini nanti.
“Mereka yang berminat hanya perlu menghubungi Ricklane Tony Sigan di talian 083-322072 dan borang penyertaan bagi tujuan aktiviti Gerai Jualan boleh diambil mulai 17 April ini,” katanya.
Pesta Ikan Tapah Pantu 2009 akan dirasmikan oleh Menteri Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden anak Hollis mulai jam 8 malam pada 25 April ini bertempat di Pentas Rakyat, Pekan Pantu.
“Acara ini juga akan dimeriahkan dengan aktiviti Gotong Royong Rakan Muda mulai jam 7.30 pagi pada 17 April ini di perkarangan Pekan Pantu dan ianya akan dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balai Ringin, Snowdan Donald Lawan,” katanya.