Saturday, June 27, 2009

Gambar Sekitar Carnival Autoshow 1 Malaysia 2009 di padang KPSU Lama














Wednesday, June 24, 2009

Warga emas di Kampung Lingga Sri Aman dibaham buaya


SRI AMAN 24 Jun - Seorang nelayan berusia 62 tahun di sini, membuktikan pepatah 'berpantang maut sebelum ajal' apabila menumpaskan seekor buaya sepanjang tiga meter dalam pertarungan dengan haiwan reptilia itu yang cuba membahamnya.

Meskipun terpaksa bertarung beberapa minit di dalam sungai, nasib menyebelahi mangsa yang dikenali sebagai Abang Melias apabila akhirnya dia dapat melepaskan diri daripada mulut haiwan pemangsa itu.

Kejadian berlaku di Sungai Batang Lupar di sini pada pukul 7 pagi, ketika mangsa ingin menarik sampan miliknya ke tebing sungai supaya tidak dihanyutkan oleh arus deras akibat ombak pasang besar.

Menurut mangsa, dia terpaksa mengharung ke dalam sungai terbabit hingga ke paras dada untuk menarik sampan.

"Sebab leka menarik sampan ke tebing, saya tidak menyedari kehadiran reptilia itu di kawasan tempat saya berdiri di dalam sungai.

"Tiba-tiba saya berasa ada sesuatu sedang bergerak laju lalu menyerang saya dari arah belakang tanpa sempat saya berbuat sesuatu.

"Ketika itu saya terbayangkan saat-saat kematian, tiba-tiba saya mendapat kekuatan lalu bergelut dengan buaya itu beberapa minit di dalam air," katanya ketika ditemui di Hospital Sri Aman di sini hari ini.

Abang Melais berkata, buaya tersebut telah menerkam kepalanya dari arah belakang hingga menyebabkan dia dapat merasakan sebahagian kecil daging di bahagian telinga kanannya koyak.

Katanya, dengan seluruh kekuatan yang ada, dia berusaha melawan buaya selebar hampir satu meter itu daripada menariknya hingga ke bahagian tengah sungai sebelum berjaya melepaskan diri sebaik sahaja reptilia itu melepaskan kepalanya.

Tambah mangsa, selepas berjaya melepaskan diri daripada reptilia tersebut, dia bergegas naik ke kawasan tebing untuk menyelamatkan diri dan buaya tersebut hilang di dalam sungai terbabit.

Bapa kepada tujuh anak lelaki dan tiga perempuan ini mengalami kecederaan di bahagian tengkuk, lengan tangan dan telinga sebelah kanan.

Mangsa kemudiannya dihantar ke Klinik Desa Lingga bagi tujuan rawatan sebelum dirujuk ke Hospital Sri Aman untuk pemeriksaan serta rawatan lanjut.

Mangsa yang tiba di Hospital Sri Aman pada pukul 10 pagi ini ditemani isterinya, Belian Bujang, 57, serta menantunya dilaporkan stabil tetapi masih dalam keadaan terkejut dengan kejadian tersebut.

Oleh SOPI SAMAILE (utusansarawak@utusan.com.my)

Gambar Sekitar Pertandingan Dart, Karom dan Cator MAKSAK Antara Bahagian 2009 di UNIMAS Samarahan pada 20-21 Jun 2009










Monday, June 22, 2009

MAKSAK Sri Aman ke Pertandingan MAKSAK Peringkat Bahagian-Bahagian 2009 yang bakal berlangsung di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Samarahan.



SEMOGA BERJAYA...Shamshuddin (tengah) dan Zaidil (kanan) bergambar bersama pakaian rasmi dan para peserta kejohanan tersebut di hadapan Pejabat Residen Sri Aman hari ini. Turut kelihatan ialah Zaidi Sarkawai (kiri sekali).
SRI AMAN, Jumaat (19 Jun) – Pasukan MAKSAK Bahagian Sri Aman telah menghantar seramai 24 orang peserta untuk bersaing dalam Pertandingan MAKSAK Peringkat Bahagian-Bahagian 2009 yang bakal berlangsung di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Samarahan bermula 20 hingga 21 Jun ini.

Pengurus pasukannya iaitu Zaidil Haji Ripin ketika ditemui berkata kesemua 24 orang peserta ini akan berentap dalam tiga buah acara yang bakal diadakan menerusi pertandingan itu antaranya ialah Pertandingan Dart, Catur dan Karom.

“10 peserta akan mengambil bahagian dalam acara Pertandingan Dart manakala 10 orang lagi pula akan mengambil bahagian dalam acara Pertandingan Karom dan selebihnya tiga orang lagi akan bersaing dalam acara Pertandingan Catur.

“Kesemua 23 (seorang pegawai pengiring) orang peserta ini telah dipilih menerusi satu sesi yang diadakan di Rumah MAKSAK Sri Aman sebelum ini bagi tujuan pertandingan berkenaan,” katanya sambil menambah bahawa pasukan itu akan diiringi pegawainya Zaidi Haji Sarkawi.

Terdahulu Residen Bahagian Sri Aman, Abang Shamshuddin Abang Seruji telah mengadakan perjumpaan kecil terhadap kesemua peserta terbabit di bilik mesyuarat Pejabat Residen Sri Aman pada jam 2.30 petang hari ini.

Beliau menerusi ucapan ringkasnya berharap agar para peserta menunjukkan kesungguhan masing-masing ketika memberi saingan terhadap para peserta lawan dari 10 pasukan bahagian dalam negeri ini pada pertandingan itu kelak.

“Paling penting anda (pemain) harus fokus ketika memberikan saingan kepada pasukan lawan kerana rentak permainan perlu konsisten bagi mencari peluang kemenangan dalam setiap acara yang anda saingi,” katanya.

Abang Shamshuddin kemudiannya menyempurnakan acara penyerahan baju pasukan MAKSAK Bahagian Sri Aman kepada pengurus pasukannya iaitu Zaidil Haji Ripin di hadapan bangunan pejabat residen terbabit.

Tamat.

Wednesday, June 17, 2009

Welcome To Sarawak YAB Perdana Menteri Malaysia Serta Isteri


Friday, June 12, 2009

KURSUS TERNAKAN BURUNG WALIT DI DEWAN PEJABAT DAERAH ASAJAYA SAMARAHAN



KURSUS ASAS TENAKAN LINTAH DI KUCHING