Saturday, July 25, 2009

Program Kembara TV3 di Padang KPSU Lama Sri Aman





Friday, July 24, 2009

Perlawanan Persahabatan Persatuan Bola Sepak Bahagian Sri Aman (2001) menentang Pasukan FINEXSYS


Sri Aman, Persatuan Bola Sepak Bahagian Sri Aman (FASA) akan mengadakan perlawanan persahabatan menentang Kelab FINEXSYS dari kuching pada 2 Ogos 2009 jam 4.00 petang di Padang Kompleks Sukan KPSU Bahagian Sri Aman. Pasukan FASA di jangka akan menurunkan pemain-pemain handalan seperti Awang Saifullah dan juga Abang Yahya. Kedua-dua bekas pemain ini pernah beraksi untuk pasukan Sarawak. Pasukan FINEXSYS juga akan menurunkan pemain kembar Sarawak iaitu RAMOS dan RAMLES yang mana mereka ini merupakan bekas pemian SARAWAK. Perlawanan ini juga akan turut di Saksi oleh YBhg Residen Bahagian Sri Aman, En Abg Samshudin bin Abg Seruji. Seluruh warga Sri Aman di jemput hadir untuk menyaksikan perlawanan ini.

sumber : KK Abang Norin bin Abang Norudin (Tim. Pengerusi Persatuan Bola Sepak Sri Aman)

Tuesday, July 14, 2009

Pertandingan KSK Bola Selak DUN Lingga



Juara pertandingan Bola Sepak Dun Lingga, pasukan AY17

Kelab Sukan Komuniti DUN Lingga telah menganjurkan Pertandingan Bola Sepak DUN Lingga pada 11 Julai sehingga 12 Julai bertempat di padang KPSU lama, Sri Aman. Sebanyak 6 pasukan telah berentap dalam pertandingan ini. Antara pasukan yang berentap adalah seperti AY17, GOL FC, Panama FC, Timbak Guyat FC, SMK Simanggang dan Ayoslang.

Perlawanan separuh akhir melibatkan pasukan dari SMK Simanggang menentang pasukan Timbak Guyat FC. SMK Simanggang telah menang dengan jaringan 2:0 melalui tendengan penalti.

Perlawanan akhir melibatkan pasukan GOL FC melawan AY17 dan telah dimenangi oleh pasukan AY17 dengan jaringan 3:0.

Juara : AY17, Naib Juara : GOL FC Ketiga : SMK Simanggang
Kehadiran : En Zamahri Morshidi , Pengerusi KSK DUN Lingga, KK Abang Norin bin Abang Norudin, Tim. Pengerusi Persatuan Bola Sepak Bahagian Sri Aman, En Zaidil bin Hj Ripin, Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Bahagian Sri Aman, En Sudin, Pengurus Pasukan AY 17 dan En Tahir selaku Jurulatih pasukan AY17.

Sunday, July 12, 2009

kantoi......


Dalam satu neighbourhood nie…… bermulalah satu cerita dimana isteri jiran sebelah ni jatuh cinta dengan suami jiran sebelah. Jadi…..korang faham-fahamlah apa yang diorang buat kat rumah si isteri tuh. Tak disangka-sangka, suami si isteri ni pulang awal dari kerja hari tu. Maka, kelam-kalbutlah si isteri dengan boyfriend dia tu bersurai.

Walaubagaimanapun, suami jiran sebelah tu dah tak sempat lagi keluar ikut pintu belakang.Si suami jiran ni pun bagi idea kat si isteri. Lalu si isteri berlari dengan pantas ke bilik untuk mengambil baby oil dengan bedak badan lalu disapunya baby oil pada badan boyfriendnya.

Setelah itu, diletakkan pula bedak badan pada badan boyfriendnya sehingga keseluruhan badan boyfriendnya itu kelihatan putih melepak. Lalu boyfriendnya pun berdiri di salah satu sudut rumah dan meng’freze’kan dirinya supaya kelihatan seperti patung. Setelah melalui saat yang genting itu, si isteri pun membuka pintu kepada suaminya yang sudah sekian lama mengetuk pintu. Si suami tercengat seketika apabila ternampak ‘patung’ itu lalu bertanya kepada isterinya,

aik??!!…..dari mana pulak datangnya patung nih??”

“oooo….. patung tuuu. Patung ni saya order dari katalog mak cik sebelah.
Baru je sampaitadi.” jawab si isteri selamba.

“ooooooo…..begitu.” balas si suami.

Tepat pukul 3 pagi, tanpa mengejutkan isterinya, si suami keluar dari bilik tidur lalu menuju ke dapur. Kelihatan ‘patung’ tu masih berada dalam keadaanasalnya tanpa sebarang perubahan. Setelah tiba di dapur, si suami membuat sandwich lalu meletakkannya di atas trey menghidang bersama segelas susu. Setelah itu, si suami mengangkat makanan itu lalu berdiri betul-betul di
hadapan ‘patung’ itu lalu berkata, “nah….makanlah.”. Si ‘patung’berasa amat terkejut dan takut kalau-kalau si suami mengetahui hal sebenarnya.

Dengan selamba, si suami berkata,” aik??!!! tak nak??? orang dah bagi makanan ambik la! Saya ni kira baik la…..Tak macam awak……….dulu, tiga hari tiga malam saya jadi patung kat rumah awak, jangankan makanan……….segelas air pun awak tak bagi!!!!!!”

Wednesday, July 8, 2009

PESTA IKAN BULU DI TEBINGAN SG BATANG LUPAR SRI AMAN


Bandar Sri Aman bakal menjadi tumpuan ribuan orang pengunjung dari seluruh negeri ini apabila Karnival Pesta Ikan Bulu 2009 bakal diadakan di Tebingan Sungai Sri Aman dalam bandar ini bermula 24 hingga 26 Julai nanti.

Karnival Pesta Ikan Bulu 2009 yang diadakan buat kali kedua di bandar ini adalah merupakan anjuran Pejabat Residen Bahagian Sri Aman, Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional, serta semua agensi Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan Bahagian Sri Aman.

“Pelbagai acara menarik akan diadakan bersempena dengan sambutan Karnival Pesta Ikan Bulu 2009 di Tebingan Sungai Batang Lupar Sri Aman bermula 24 hingga 26 Julai ini nanti.

“Acara itu nanti adalah Gotong Royong, Pameran dan Jualan, Sukaneka, Pertandingan Mewarna, Potret Ikan Bulu Gergasi, Pemeriksaan Kesihatan, Pameran, Persembahan Artis, Pertandingan Memancing, Demonstrasi Luncur Benak, Pameran Pam Ski dan Persembahan Kebudayaan serta Artis,” kata jurucakap penganjur program terbabit.

Selain itu katanya acara Senaman Integrasi, Lumba Pam Ski, Lumba Bot, Pertandingan Teknik Menangkap Ikan Bulu, Pertandingan Senaman Poco-Poco, Polynemus Music Fest & Open Talent 2009, Pertandingan Tarian Tradisi, Pertandingan Citrarasa Ikan Bulu dan Ratu Ikan Bulu 2009 juga turut diadakan pada karnival itu nanti.

“Karnival Pesta Ikan Bulu 2009 yang dianjurkan untuk edisi kedua selepas penganjurannya pertama pada tahun lalu ini adalah merupakan landasan ke arah menyatupadukan semua lapisan masyarakat.

“Karnival ini juga merupakan salah satu pengisian aktiviti Perpaduan di Bahagian Sri Aman disamping keunikan musim Ikan Bulu itu sendiri yang telah menjadi tarikan utama di Sri Aman,” katanya.

Beliau juga menambah bahawa objektif bagi penganjuran pesta ini adalah untuk menimbulkan kesedaran dikalangan penduduk Sri Aman mengenai keunikan Ikan Bulu yang perlu dipelihara supaya ia kelak kekal sebagai identiti utama Sri Aman.

“Justeru pihak kami berharap agar orang ramai tidak melepaskan peluang untuk memeriahkan suasana penganjuran Karnival Pesta Ikan Bulu 2009 yang bermula dari jam 7 pagi hingga 12 tengah malam dari 24 hingga 26 Julai ini,” katanya.

Sunday, July 5, 2009

Cerita Lucu : Diskaun Hukuman


Di sebuah Mahkamah perbicaraan sedang berlangsung terhadap seorang pencuri barang di pasaraya.

"Dengan ini kami memutuskan terdakwa di jatuhkan dengan hukuman penjara 4 bulan.",Hakim akhirnya menjatuhkan hukuman.

"Apakah terdakwa, penuntut umum atau penasihat undang-undang menerima?" kata hakim.

"Saya keberatan tuan hakim." kata seorang lelaki di kerusi belakang. "Seharusnya dia diberi diskaun hukuman."

Lelaki yang bersuara itu adalah pengurus di pasaraya, tempat terdakwa mencuri.

"Kenapa anda pula yang keberatan?"

"Kerana barang yang dia ambil adalah barang yang kami diskaun sehingga 45% tuan hakim."

"??@#$!!&##!!"