Sunday, May 10, 2009

PERASMIAN KELAB BELIA BERSATU BATANG LUPAR : YB PUAN HJH SIMOI PERI YANG MEWAKILI YB DATUK HJH ROHANI KARIM



Caption: SIMBOLIK...Simoi sedang merasmikan upacara simbolik pelancaran KEBAS sambil disaksikan tetamu undangan khas yang lain ketika berlangsungnya majlis malam tadi.

SRI AMAN, Ahad (10 Mei) – Golongan belia merupakan intipati dan paksi kepada kekuatan sesebuah negara di masa akan datang kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Hajah Simoi binti Haji Peri.

Justeru adalah amat penting bagi golongan belia di negara ini dididik dengan keperluan agama yang secukupnya demi mengelakkan mereka terjebak dalam kancah aktiviti sosial kurang sihat dari masa ke semasa.

“Ingin saya tekankan di sini bahawa kekuatan sesebuah negara sebenarnya bergantung penuh kepada peranan yang dimainkan oleh golongan belia mereka termasuk dari segi sumbangan masing-masing terhadap aspek ekonomi, politik dan sosial.

“Kekuatan sesebuah negara boleh menjadi lemah sekiranya golongan belia ini terjebak dalam kancah aktiviti tidak sihat terutamanya jenayah...maka itu adalah amat penting nilai didikan agama disemai dalam diri mereka untuk sepanjang masa,” katanya.

Simoi berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Fiesta Karaoke Sri Aman 2009 yang dianjurkan bersempena dengan Majlis Pelancaran Kelab Belia Bersatu Batang Lupar Sri Aman (KEBAS) di Mini Stadium Sri Aman malam tadi.

Selain itu beliau juga menasihatkan golongan belia agar tidak mudah menerima kemasukan budaya barat yang mempunyai amalan bertentangan dengan budaya ketimuran penduduk dalam negara ini.

“Paling dikhuatiri ialah tindakan belia mengamalkan budaya Barat ini akan menyebabkan penduduk akan kehilangan identiti kaum mereka secara sedikit demi sedikit di masa akan datang.

“Atas sebab ini saya memohon ibubapa untuk menyemai nilai-nilai murni dalam diri anak masing-masing agar identiti kita sebagai bangsa Malaysia dapat terpelihara dikalangan generasi seterusnya,” kata Simoi lalu mengumumkan peruntukkan berjumlah RM2,000 kepada kelab berkenaan.

Hadir sama ialah wakil Residen Sri Aman, Zaidi Haji Sarkawi, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Sri Aman, Ishak Ismail, Pengerusi KEBAS, Awang Magreb Awang Anie, Pegawai Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Parlimen Batang Lupar, Zaidil Haji Ripin, Ketua Pergerakan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Lingga, Kanselor Mas Shamsiah Haji Maslem dan para ketua kaum dari sekitar daerah ini.

Majlis Pelancaran KEBAS malam tadi telah dimeriahkan dengan kehadiran lebih 300 orang penduduk yang ingin menyaksikan pertandingan karaoke, persembahan poco-poco dan persembahan hip-hop.

Thursday, May 7, 2009

Jangan fikir yang bukan-bukan.


Sila baca 5 igek cerita debah tok sampey habis..

Cerita 1
Aminah merenong batang yang semakin menegak ya, dia terus mengusap-usap batang tersebut. Kelihatan air putih mengalir keluar. Aminah pun menjerit "...nek lemang tok nak buat macam ney?dah masak rasanya..."..

Cerita 2
Jalal meramas-ramas kemuncak kedua-dua bukit kecil itu, hatinya puas dan semangatnya semakin berkobar-kobar, jari-jemarinya terus menguli tanpa henti. Jalal tidak sabar mok menyiapkan model untuk projek sainsnya ya yang bertajuk "bentuk muka bumi di kawasan berbukit bukau."

Cerita 3
Zamarul menghisap-hisap puting dengan berhati-hati dan perlahan, dia sik mok tergesa-gesa, sesekali lidahnya menyentuh lembut hujung puting itu dan menyedut keluar sedikit susu... "cehh masih panas, dah dekat satu jam aku rendam dalam air suan pun masih panas" anak Zamarul yang masih bayi terus menangis meminta susu. Zamarul semakin tension..

Cerita 4
Idham menjerit sambil menghenjut-henjut badannya dengan rakus dan kasar "Come on baby, lets make it..." katanya berulang-ulang kali tanpa henti.. Kemuncaknya semakin tiba dan Idham kelihatan semakin rakus memacu kudanya untuk menamatkan perlumbaan itu, dia bertekad utk memenangi tempat pertama dalam perlumbaan ya..

Cerita 5
Bahagian belakang kereta ya bergegar dan berhnejut-henjut. "Apa jak kah berlaku?" Karim yang dari tadi menghintip dari celah-celah pokok dapat melihat 2 susuk tubuh manusia sedang melakukan sesuatu di dlm kegelapan ya.. Karim terus mendiamkan diriknya, dia takut kehadirannya akan disedari.. Tetapi setelah lama menghintip, Karim pun lantas bangun dan segera menawarkan khidmatnya untuk membantu mereka menukarkan tayar kereta mereka yang pancit itu.

** Kesimpulannya, mun ktk org langsung sik terfikir apa-apa mengenai seks semasa membaca 5 cerita di atas, ya bermaksud ktk bukannya seorg normal. Sebaliknya, mun ktk org ada terfikirkan sesuatu yang berkaitan dengan seks....jgnlah ktk org risau, sebab anda adalah seorg yg normal... Tapi jgn terlebih pikir 18SX jak... Anda Macam Mana?

Monday, May 4, 2009

Nurul Syuhada Majalah 3 ke nie...???


Hai semua org kampung... Tengok betol2 gambar nie... macam kenal pun ada kan...??? Hai semua org kampung... Bukankah nie gambar Nurul Syuhada penyampai Majalah 3, TV3 tu...??
Hai semua org kampung... Kalau betol, macam mana ekk gambar dia boleh terlepas kesini...??? Hai semua org kampung... Walaupun bukan macam gambar Elizebeth Wong, atau Zakiah Anas, tapi boleh tahan gak gambar nie kan...??? Hai semua org kampung... Janganlah buat macam nie ekk... Walaupun nak tangkap gambar, simpan la rapi2, simpan la elok2, simpan la kemas2...Hai semua org kampung... Jangan bagi tau kat org bandar pulak... Nanti susah hidup... hahaha...

sumber : buayamerah.blogspots.com

PESTA BENAK DI SIMANGGANG : KEMUNGKINAN OGOS


Caption: DALAM PROSES... Taman Tebingan Sungai Batang Lupar Fasa I (A) kini masih lagi dalam proses pembinaan.

SRI AMAN, Khamis (30 April) – Pesta Benak dijangka akan berlangsung pada bulan Ogos ini di bandar Sri Aman kata Menteri Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden anak Hollis.

Bagaimanapun tarikh tepat mengenai penganjuran temasya berprestij berkenaan kata beliau bergantung sepenuhnya kepada tempoh siap pembinaan Taman Tebingan Sungai Batang Lupar yang kini masih lagi dalam proses.

“Saya dimaklumkan sebelum ini bahawa terdapat beberapa penangguhan dalam proses pembinaan Taman Tebingan Sungai Batang Lupar Fasa I (A) kerana disebabkan oleh faktor cuaca buruk.

“Taman Tebingan Sungai Batang Lupar Fasa I (A) yang sepatutnya siap dalam bulan Mei ini mungkin dijangka akan siap sepenuhnya pada akhir bulan Jun nanti,” katanya ketika dihubungi Utusan Sarawak hari ini.

Jika Taman Tebingan Sungai Batang Lupar berjaya disiapkan pada akhir bulan Jun nanti maka berkemungkinan Pesta Benak Sri Aman 2009 akan dapat diadakan pada bulan Ogos tahun ini kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang berkenaan.

Justeru Harden berharap agar proses pembinaan Taman Tebingan Sungai Batang Lupar dapat berjalan dengan lancar demi membolehkan Pesta Benak di adakan di kawasan itu pada tahun ini.

Terdahulu projek pembinaan Taman Tebingan Sungai Batang Lupar Fasa bagi peringkat Fasa I (A) yang bermula dari bermula dari pondok jeti sehingga ke kawasan tengah Tebingan Sungai Batang Lupar Sri Aman ini telah menelan kos perbelanjaan berjumlah RM2,160,300.

Taman Tebingan Sungai Batang Lupar ini yang telah mula dibina pada bulan Mei tahun mengandungi dataran aktiviti Pesta Benak, terminal sampan, perabot taman, pentas tinjaun Benak dan landskap tebingan Batang Lupar yang lebih lembut.

Sekiranya projek Fasa I (A) ini siap kelak maka kerajaan akan melaksanakan projek pembinaan Taman Tebingan Sungai Batang Lupar bagi peringkat Fasa I (B) yang bakal menelan perbelanjaan berjumlah RM4 juta.
sumber : sriaman news

Sunday, May 3, 2009

SUKANEKA ANJURAN WI DENGAN KERJASAMA JKKK KAMPUNG MASJID BARU SRI AMAN








Majlis ini merupakan aktiviti sulung bagi WI Kampung Masjid Baru bagi mengutip dana untuk perastuan mereka. Program ini juga diadakan secara kerjasama dengan JKKK Kampung Masjid Baru. Pelbagai aktiviti-aktiviti yang dijalankan seperti pertandingan cari duit dalam tepung, mengisi air dalam botol, tarik tali dan sebagainya. Turut hadir pada program ini adalah KK Abang Norin bin Abang Norudin, selaku orang kuat dalam JKKK. Syabas dan tahniah atas penganjuran aktiviti ini.

SHOPPING AND MAKAN.....MAKAN








Baru-baru ini saya dan isteri berpeluang untuk pergi ke Kuching bagi menyemarakkan lagi Jualan Potongan 50% di Lea Center. Namun hampa kerana kebanyakan barang-barang sudah habis dan yang tinggal adalah yang bersaiz besar. Namun kami tidak melepas peluang untuk makan.....makan.....makan.....dan makan. hehehehe....
Justify Full

Jumlah guru Sarawak terlalu rendah, Ghani Bin


Kementerian Pelajaran digesa menambah kuota pengambilan guru pelatih dari Sarawak bagi menambah jumlah guru terlatih di kalangan orang tempatan di negeri ini.

Presiden Kesatuan Guru Sarawak (STU) William Ghani Bina berkata, pengambilan guru pelatih dari negeri ini masih terlalu rendah iaitu hanya 2.43 atau 152 pelatih berbanding negeri-negeri lain yang jauh lebih tinggi.

Berucap pada majlis Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) STU Miri di sebuah hotel hari ini beliau berkata, daripada 6,267 permohonan dari Sarawak, hanya 152 diterima masuk ke maktab perguruan.

“Isu pemberian kuota yang terlalu rendah ini bukan sahaja menjadi kepentingan bagi STU malah Kerajaan Negeri. Justeru kita mahu kementerian memberi pertimbangan untuk menambah jumlah pelatih dari Sarawak,” katanya.

William Ghani menambah, isu ini sudah dibincangkan bersama pegawai dan pengarah dari kementerian pendidikan negeri.

Dalam perkembangan sama, beliau menggesa Kementerian Pendidikan (Bahagian Maktab Perguruan) di setiap negeri agar memperuntukan 50 peratus pengambilan untuk orang tempatan.

“Saya cadangkan 50 peratus pengambilan guru terlatih di setiap negeri diberikan kepada penduduk tempatan manakala separuh daripadanya diberikan kepada guru dari negeri-negeri lain,” ujarnya.

Dalam konteks ini, katanya orang awam harus diberi keutamaan kerana mereka lebih komited dan arif mengenai selok-belok mengajar di Sarawak.

“Rakyat Sarawak harus diberi keutamaan kerana mereka lebih fokus dan komited untuk menjalankan tugas walaupun ditempatkan di kawasan pedalaman.”

“Mereka tidak perlu memikirkan sepanjang masa untuk pulang ke negeri masing-masing kerana mereka orang tempatan. Ini secara tidak langsung dapat meningkatkan mutu pembelajaran dan pengajaran,” tegas beliau lagi.

Sumber : SarawakUpdate